Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)) dan kementerian sumber manusia adalah 2 kaedah atau medium yang yang saling berkait rapat dengan era pekerjaan. MSC adalah salah satu organisasi yang mengkaji tentang kecanggihan teknologi yang boleh diaplikasikan didalam setiap pekerjaan pada masa kini. Selain itu ia juga mengkaji bagaimana teknologi dapat memudahkan urusan pekerjaan sekaligus memperkenalkan teknologi sebagai satu perkara penting didalam era pekerjaan.
PENGENALAN KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)) TERHADAP TEKNOLOGI.
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)) ialah salah satu projek mega Kerajaan Malaysia menelan belanja berbilion ringgit sebagai asas kukuh titik tolak ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malaysia beiltizam untuk menjadi negara maju menjelang 2020, oleh itu MSC dilihat sebagai pemangkin kepada kewujudan Malaysia sebagai negara yang mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdikari menerusi maklumat dan pengetahuan.
MSC yang mula dibina sejak lima tahun lepas, di lokasi seluas 15 km x 50 km di selatan Kuala Lumpur dengan strategi bahawa MSC akan menggabungkan segala elemen yang unik dan membina sebuah suasana multimedia yang baik. Sasaran MSC ialah cuba menarik syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia dengan mengimplementasikan MSC sebagai pusat untuk pengujian teknologi mereka. MSC telah membentangkan tujuh aplikasi perdana iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan, Kluster R&D, Kad Pintar, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Teleperubatan. Justeru itu, Multimedia Development Corporation (MDC) perlu peka dengan perkembangan ICT sejagat agar MSC tidak menjadi projek gajah putih kerana bidang teknologi maklumat ialah bidang yang sentiasa cepat berubah.
Tujuan kajian kami ialah untuk menilai keberkesanan MSC secara umum dan memfokuskan penyelidikan kepada tujuh aplikasi perdana sahaja. Sesetengah aplikasi perdana seperti sekolah bestari, kerajaan elektronik dan teleperubatan boleh dibina atas pelantar infrastruktur yang sedia ada atau yang boleh dipertingkatkan. Dengan teknologi yang sedia ada dan peningkatan infrastruktur, kemudahan dan aplikasi dapat dibina dengan baik tanpa mengganggu keadaan fizikal tempat di mana hendak dibina seperti bangunan pejabat. Pembangunan sesuatu aplikasi perlulah selaras dengan peningkatan infrastruktur keadaan fizikal dan faktor kemanusiaan. Kluster R & D, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Pemasaran Tanpa Sempadan adalah aplikasi yang menampakkan hasil yang positif, contohnya kewujudan e-dagang, e-niaga dan yang seistilah dengannya. Isu kos memainkan peranan dalam konteks pembangunan aplikasi. Contohnya, penggunaan teknologi kad pintar. Maka, alternatif lain perlu dijana untuk memperluaskan penggunaannya agar boleh dimiliki oleh setiap individu dan tidak membebankan.
Skop kajian kami melihat kepada nilai dan perspektif MSC melalui teras tujuh aplikasi perdana dari sudut politik, ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal. Di sini kami akan menganalisis dan mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam ketujuh-tujuh aplikasi perdana.
2020. Iltizam untuk menjadi peneraju teknologi maklumat memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi ditanam di hati sanubari penggerak IT.
Kesimpulannya, MSC adalah penting didalam menerajui teknologi didalam
Setelah MSC dilihat sebagai satu pelantar untuk Malaysia menjadi sebuah pemain utama alam dunia IT janganlah dipersia-siakan peluang ini dengan tidak melakukan yang terbaik. Keluarkan produk bertaraf dunia dengan teknologi dan idea sendiri iaitu buatan Malaysia. Malah dengan berjayanya MSC, Malaysia boleh dan akan diiktiraf sebagai negara maju sebelum alaf baru dimana dapat mempertingkatkan lagi kualiti atau tahap pekerjaan didalam Negara kita Malaysia.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA DIDALAM ERA PEKERJAAN.
Kementerian sumber manusia merupakan sebuah syarikat kerana ia berfungsi untuk mengurus kakitangan dan memastikan keseluruhan organisasi berjalan dengan lancar. Kebanyakkan syarikat menjalankan operasi jabatan secara manual di mana segala maklumat berkaitan kakitangan disimpan di dalam sebuah fail peribadi.
Fungsi-fungsinya:
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berdisiplin di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika kerja yang baik.
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.
- Mengurus secara cekap dan berkecuali penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
- Mengawasi dan memantau perkembangan dan pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja agar sentiasa teratur berdasarkan kepentingan negara.
- Mengurus perhubungan antarabangsa dalam bidang pentadbiran perburuhan, kerjasama teknikal dalam perkara-perkara perburuhan dan pembangunan sumber manusia.
- Menggalak dan menyelaraskan pembangunan kerjasama tiga pihak (tripartisme) di kalangan pekerja, majikan dan pihak Kerajaan serta mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
- Merancang dan membangunkan sumber manusia menerusi pengawalan dan analisis pasaran buruh bagi menggubal dasar-dasar berhubung guna tenaga, pembangunan kemahiran tenaga kerja dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.
- Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.
- Mengemaskini dan melaksanakan Dasar Latihan Vokasional Kebangsaan dan strategi-strateginya yang akan memenuhi keperluan latihan tenaga kerja di sektor swasta.
- Mengkaji semula, mengemaskini dan membangunkan sukatan latihan kemahiran (NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ) dan standard kemahiran bagi menyokong pelaksanaannya.
Mengemaskini dan melaksanakan secara cekap perkhidmatan keselamatan sosial untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi disediakan untuk tenaga kerja.
Jabatan yang terlibat dibawah Kementerian Sumber Manusia:
- Jabatan Tenaga Manusia
- Jabatan pembangunan Kemahiran
- Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia)
- Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Perkerjaan
- Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
- Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
- Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Kerja
- Jabatan Perhubungan Perusahaan
- Mahkamah Perusahaan
- Institut Sumber Manusia Kebangsaan
JADI APAKAH KAITAN KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)) DAN KEMETERIAN SUMBER MANUSIA DIDALAM ERA PEKERJAAN KHUSUSNYA TERHADAP BELIA.
Secara keseluruhannya, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) saling berkait rapat dan diperlukan didalam era pekerjaan khususnya kepada golongan belia. Hal ini kerana, dengan adanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) didalam memperbaharui teknologi, maka ianya dapat mempermudahkan para pekerja dalam melakukan tugas mereka sekaligus dapat mempelajari atau mengetahui tentang teknologi yang terkini. Begitu juga dengan Kementerian Sumber Manusia didalam Negara kita. Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah organisasi yang berperanan menjaga kebajikan para pekerja contohnya dengan menubuhkan kesatuan sekerja dan sebagainya.
Persoalan yang cuba dibangkitkan disini ialah, adakah kewujudan MSC dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada pelajar-pelajar lepasan IPT dan golongan belia?
Bagi menjawab persoalan ini, mengikut satu blog Blue & White Collars, sebenarnya kemasukan syarIkat asing yang melabur dalam projek MSC telah memberi 1001 manfaat kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan pelajar. Hal ini kerana, selain melabur dalam bidang berkaitan teknologi, perkhidmatan, penyelidikan dan sebagainya, syarikat tersebut juga tidak lupa dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat dilihat melalui penyedian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut secara tidak langsung mendapat peluang untuk bekerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Antara syarikat berstatus MSC yang menyediakan geran biasiswa kepada golongan pelajar ialah Petronas, Intel Corperation, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain
Melalui biasiswa yang disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut, golongan pelajar turut sama mendapat pendedahan awal sebelum memasuki alam pekejaan. Hal ini kerana pelajar-pelajar tersebut akan melakukan Latihan Industri atau praktikal di bawah pengawasan syarikat tersebut. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan soft skill untuk manghadapi dunia pekerjaan yang sebenar menggalakkan pelajar untuk terlibat sama dalam projek dan program yang dilaksanakan. Hal ini secara tidak langsung dapat menjamin tempat yang selesa untuk pelajar berkhidmat dengan syarikat-syarikat tersebut apabila tamat belajar nanti.
Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan satu portal rasmi kerajaan Malaysia iaitu E-Goverment (http://www.gov.my/) yang dirasmikan pada 13 Disember 2005 oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Melalui portal ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta bolehlah mengiklan peluang-peluang pekerjaan dalam portal tersebut. Hal ini secara tidak langsung menyediakan satu akses untuk rakyat terutama sekali kepada pelajar lepasan universiti untuk mencari pekerjaan. Melalui portal ini juga, mereka boleh memohon pekerjaan secara talian atau online. Antara rangkaian secara talian atau online yang menyediakan akses mencari pekerjaan ialah malalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) (http://www.spa.gov.my/) atau melalui laman web Bursa Buruh Elektronik (http://www.elx.gov.my/)
Agensi pekerjaan yang terlibat dan peranannya dalam pengrekrutan belia dalam pekerjaan
Nelson dan Clark (1994) menyatakan bahawa penggunaan teknologi mempunyai komponen budaya yang kuat (Anandarajan et al., 2000: 299). Perlakuan manusia dalam penggunaan teknologinya terikat dan dipengaruhi oleh nilai-nilai budayanya. Budaya merupakan kuasa sosial yang membolehkan manusia bertindak. Ini bermaksud, setiap masyarakat mempunyai hak dalam menggarab sumber-sumber teknologi tersebut.
Manusia melakukan berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan hidupnya. Teknologi terhasil daripada amalan individu atau kumpulan yang bertindak balas terhadap keperluan mereka. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang berkait rapat dengan soal budaya.
Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh menggunakannya dan seterusnya meningkatkan kesan kepada tugas yang dilakukan (Jaafar Muhammad, 1997: 4). Oleh yang demikian belia Malaysia pada zaman sekarang harus mengambil peluang terhadap peluang teknologi ini terutamanya dalam bidang pekerjaan. Peluang untuk memajukan diri telah wujud dengan adanya pelbagai agensi pekerjaan serta laman web pekerjaan yang menyediakan jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan personaliti masing-masing
Sebagai maklumat, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, peningkatan jumlah golongan produktif dan bekerja di negara ini memberi peluang kepada negara untuk menggembleng sepenuhnya tenaga muda yang memasuki pasaran buruh dalam 20 hingga 30 tahun akan datang. Ini bermakna, golongan belia menjadi tumpuan kerajaan untuk menggunakan tenaga dan modal insan yang terdapat pada belia untuk memacu kemajuan negara. maka sudah pasti peluang pekerjaan terbuka luas untuk mereka. Beliau berkata, jumlah penduduk dalam golongan produktif dan bekerja iaitu berumur 15 hingga 64 tahun di negara ini telah meningkat kepada 63.5 peratus pada tahun lepas berbanding 59.6 peratus pada 1991.
Pelbagai agensi pekerjaan yang terdapat di dalam negara untuk memberi peluang kepada masyarakat. Antara agensi pekerjaan yang popular di laman web adalah seperti JobStreet, Yahoo HotJobs, Mudah.com. Selain itu portal kerajaan juga menyediakan peluang pekerjaan seperti spa8.gov.com.my yang menyediakan jawatan pelbagai peringkat. Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu mengisi maklumat peribadi yang telah tersedia di ruangan maklumat pemohon ataupaun meghantar Resume secara online kepada syaraikat atau agen pekerjaan yang berkaitan.
ANTARA AGENSI-AGENSI PEKERJAAN LAIN IALAH�
ASPIRASI GRADUAN- http://www.graduan.com.my/
� Laman web ini membuka peluang pekerjaan kepada para graduan yang masih tiada sebarang pengalaman dalam bidang pekerjaan ataupun digelar sebagai Fresh Graduates.
GRADUAN ZONE- http://www.graduan2u.com/tag/graduan/
� Laman web ini menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan menganggur. Selian itu, laman ini memberi kita tips dan maklumat persediaan semasa temuduga, penulisan resume, perhubungan industry dan banyak lagi�
BEST JOBS MALAYSIA- http://www.bestjobs.com.my/bt-jobd-andytan-0.htm
� Mempunyai pautan ke laman web agensi pekerjaan yang lain.
MONSTER.COM- http://www.monster.com.my/index.html
� Semua jawatan yang bersesuaian dengan anda ada di sini..rajin-rajin la surf ye�:)
JenJOBS.Com- http://www.jenjobs.com/
� Peluang pekerjaan terbuka luas di sini�mengikut industry yang belainan mengikut kelayakan anda.
KELLY SERVICES- http://www.kellyservices.com/web/global/services/en/pages/index.html
� Sebuah agensi pekerjaan bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan yang professional dalam mengrekrut bakal pekerja. Terdapat pelbagai sektor pekerjaan yang boleh kita ceburi seperti sains, undang-undang, kesihatan,teknologi maklumat, kejuruteraan, pendidikan dan sebagainya.
Penglibatan belia dalam pekerjaan atas talian seperti E-commerce dan work from house
Penglibatan belia dalam pekerjaan atas talian seperti E-Commerce dan Work From House memerlukan pengurusan karier yang efektif. Belia perlu menceburi kursus yang menawarkan pengalaman secara praktikal untuk memilih dan merancang perjalanan karier serta dibantu untuk mengaplikasikan analisis diri dengan sistematik. Untuk mereka yang memiliki perniagaan sendiri atau merancang untuk memulakan perniagaan, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan & 74% jutawan hasilnya daripada perniagaan. Contohnya, munculnya jutawan atas talian iaitu Irfan Khairi - http://www.irfankhairi.com/blog, pakar perniagaan internet, personality TV dan radio yang berteraskan perniagaan, motivasi dan kewangan secara online. Memulakan perniagaan internet boleh menjadi mudah dengan tunjuk ajar langkah demi langkah yang betul. Apatah lagi, kini, kita boleh mengikutinya daripada keselesaan rumah sendiri. Sekiranya ia agak sukar untuk menghadiri kursus perniagaan internet, kini, ia menyediakan pakej Belajar Dari Rumah Jutawan Internet untuk mengambil langkah pertama memulakan perniagaan Internet.
Terdapat banyak kelebihan dan kelemahan apabila kita bekerja secara e-commerce atau online. Antara contoh kelebihan yang diperolehi oleh mereka yang melakukan perniagaan secara online ialah penjimatan masa dalam melakukan perniagaan dimana sebarang urusan boleh dilakukan di rumah. Selain itu modal yang sedikit untk membuka perniagaan secara online menjadi pilihan utama masyarakat sekarang. Penjimatan kos sampingan juga antara faktor belia menceburi bidang kerana mendapat keuntungan dengan hanya berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos pengangkutan,tenaga, dan lain-lain.
Disebalik kesenangan yang diperolehi terdapat juga kelemahan didalam bidang perniagaan online. Antaranya ialah semua masyarakat boleh mealaukanya tetapi hanya segelintir yang dapat menguruskan masa mereka dengan cekap. Di samping itu dengan adanya pengunaan teknologi seperti internet akan berlakunya jenayah siber dimana maklumat syarikat mudah digodam. Pada sesiapa yang hendak memulakan perniagaan ini juga memerlukan kepakaran mengenai teknologi maklumat serta undang-undang yang perlu dipatuhi dimana tidak semua perniagaan online adalah sah dan tiada kebolehpercayaan 100% dalam membuat transaksi perniagaan.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DITEMPAT KERJA
Penggunaan teknologi di tempat kerja banyak memberi kesan terhadap kemajuan diri dan organisasi. Apabila kita menyebut �kemajuan�, ia bermaksud kesan positif. Kesan positif akan sentiasa memberi nilai tambah atau kredit kepada kejayaan pekerja dan seterusnya meningkatkan imej organisasi. Jika sesebuah organisasi menggalakkan para pekerjanya mengunakan teknologi mengikut arus perubahan yang berlaku, maka para pekerja akan bekerja dengan lebih efektif. Misalnya, penggunaan yahoo messenger akan menjimatkan masa para pekerja berinteraksi antara satu sama lain. Tambahan pula, penggunaan yahoo messenger di kalangan pekerja membolehkan para pekerja berinteraksi sambil bertukar-tukar pendapat dan bersosial sesama mereka. Contoh seterusnya ialah, penggunaan video conference. Penggunaan teknologi ini membolehkan sebuah organisasi dengan organisasi yang lain mengadakan sebarang bentuk perbincangan tanpa memerlukan pekerja yang terlibat berada di satu tempat yang sama. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja membolehkan pekerja meningkatkan daya saing dan mutu kerja selain dapat melengkapkan kemahiran dalam bidang teknologi supaya teknologi dan organisasi bergerak secara seiringan. Pengiklanan barangan dan perkhidmatan di laman web adalah antara teknologi yang harus direbut oleh pengeluar dan pemasar masa kini. Kelebihan teknologi ini adalah sangat ketara berbanding dengan cara pemasaran tradisional. Sebagai contoh, pengiklan yang memilih untuk memasarkan barangan mereka di laman web memperoleh kelebihan dari pelbagai aspek seperti interaktif, �portability�, kos yang lebih rendah dan pelbagai kemudahan lain. Bercakap dari aspek kos, organisasi yang mengiklankan perkhidmatan mereka di internet, tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi dari aspek gudang, �show room� kerana pelanggan hanya memesan barang melalui internet. Oleh itu, sebenarnya organisasi telah melangkah setapak lagi kehadapan berbanding cara perniagaan tradisional.kita didedahkan dengan teknologi. Semuanya bermula dengan hujung jari sahaja kita boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat. Bukan sahaja di dalam negara tetapi juga kita dapat mengetahui apa saja maklumat di luar negara juga. Teknologi bukan saja sekadar menbantu mendapatkan maklumat tetapi dengan adanya teknologi masyarakat khususnya boleh mencari pekerjaan. Dari perangkaan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan, menyatakan bahawa bilangan siswazah kian meningkat dari tahun ke tahun. Jadi, agak sukar siswazah kita mencari pekerjaan. Di tambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda global secara amnya. Banyak syarikat yang merasai kesan dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Dengan adanya teknologi, siswazah dengan mudahnya mencari peluang perkerjaan. Hanya mencari laman web yang berkaitan dengan bidang yang dikehendaki. Dari syarikat yang besar sehingga ke syarikat yang paling kecil. Semua boleh diperolehi dengan mudah. Pelbagai jenis pekerjaan akan tersenarai dari kerja yang memerlukan penglibatan di tempat kerja sehinggalah kerja di rumah sahaja.
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada sikap dan pandangan masyarakat dan siswazah itu sendiri. Teknologi sudah ada depan mata terpulang sama ada nak menggunakannya dengan bijak atau sebalikanya. Teknologi yang ada hanya nak memudahkan kita jadi manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Masyarakat perlu pandai �menilai mana satu intan mana satu kaca�.
Source : http://siputsedoot2009.blogspot.com/2009/08/ledakan-teknologi-dalam-bidang.html
ConversionConversion EmoticonEmoticon